Wednesday, April 22, 2009

Bengkel 'Perjalanan Menuju Ihsan, Membina Umat Cemerlang'


Bengkel 'Perjalanan Menuju Ihsan, Membina Umat Cemerlang'
Mengenal Ihsan untuk ketenangan Hati dan jiwa

Tarikh: Ahad, 10hb Mei 2009

Waktu:2ptg - 6ptg

Yuran:$30 (termasuk buku 'Memahami Tassawuf yang Shahih' dikarang oleh Shaykh Rohimuddin, jamuan ringan dan alat tulis)

Sila daftarkan nama dan bayar yuran di Wardah Books 58 Bussorah Street, Singapore 199474 . Buka dari jam 9 pagi hingga 9 malam, hari Isnin hingga sabtu, tel no 6297 1232

Untuk informasi selanjutnya, sila hubungi Muhsin - 91380014 atau khalid 90687106

Tempat: Masjid Sultan, Bilik Darjah 1

Tempat Terhad: 70 orang sahaja

cara pembayaran :cash, nets, visa dan master

2ptg- Pengertian Ihsan

3ptg- Kedudukan dan sejarah Tassawuf di dalam islam

4ptg-4.45ptg- Solat Asr dan jamuan ringan

4.45ptg- 6ptg- penyakit penyakit hati & Masyarakat cermerlang

Di dalam bengkel ini, Sheykh Rohimuddin, seorang guru dan ulama tassawuf, akan menyentuh tentang pengertian ihsan dan kerohanian dengan lebih terperinci . Beliau juga akan menyentuh bagaimana ilmu ini dapat menyucikan jiwa dari penyakit-penyakit hati. Dari ilmu ini, kita dapat membina masyarakat islam yang cemerlang. Para perserta akan berpeluang menyertai sesi soal jawab bersama beliau di akhir bengekel ini.


Biography Shaykh Rohimuddin

Sheykh Rohimuddin Nawawi Al-Banten adalah seorang tokoh ulama’ kontemporari Indonesia di dalam mazhab Shafi’i, yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Beliau lahir pada tahun 1965 di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Almarhum ayahnya ialah K.H. Nawawi Jahari, murshid kepada Tariqah Al Qadriyah. Beliau juga merupakan cucu saudara kepada Almarhum Sheykh Nawawi Al-Banten, seorang ulama’ Shafii terkemuka di Mekah yang pernah mengajar di Masjidil Haram antara tahun 1860 hingga 1870. Kini, beliau seorang khalifah (muqaddam) kepada Sheykh Sidi Yusuf Muhyiddien al-Hasani dalam Tariqah As-Shadhuliyah Ad-Darqawiyah Al-’Alawiyah.Di samping itu, beliau juga di antara tenaga pengajar utama di Mahad Az-Zain di Bogor, Indonesia pimpinan Sheykh Muhammad Nuruddin al-Banjari.

Sheykh Rohimuddin Nawawi Al-Banten mendapat pendidikan menara gading di Universiti Syarif Hidayatullah, Jakarta, Universiti Al-Azhar, Cairo, Universiti Cairo dan Ist. Liga Arab dalam Fakultas Adab, Bahasa & Sastera Arab. Kini, beliau serta keluarga bermastautin di Cairo, Mesir dan sering berulang-alik ke pesantren beliau iaitu, Pesantren Al-Jahariyah, Bekasi, Jawa Barat. Antara guru-guru beliau adalah Almarhum Sheykh Gad al-Haq Ali Gad Al Haq, Syeikh Al Azhar, Sheikh Umar Hasyim (mantan rektor Al-Azhar), Dr Sa’ad Sa’ad Jawis (Muhaddis), Almarhum Sheykh Abdullah Mohammad Al-Hasani (Mursyd Thariqah Qadiriyah) dan Sheykh Dr Ali Jumah.

Beliau juga adalah antara tenaga pengajar merangkap pengetua/pengasuh di Dar al-Hasani di Cairo Mesir. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta’lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan/kehormatan di pelbagai pesantren dan organisasi. Beliau banyak menulis kitab yang telah di terjemahkan di dalam bahasa seperti Memahi Tassawuf, Geloka Cinta, Di ambang perkahwinan dan banyak lagi.