Wednesday, July 1, 2009

Memahami Ibadah Ibadah Islam


Memahami Ibadah Ibadah Islam


Adakah tawasul itu dibenarkan dalam Islam? Apakah ziyarah maqam itu shirik? Apakah rabitah itu shirik? Mana yang lebih penting Maqam Rasulluah saw atau Ka'abah? Apa hukum sesorang muslim memakai taweez? Apakah muzik itu haram? Bagaimana dengan hukum bagi muslim yang menurun? dan banyak lagi soalan berkenaan tentang akidah, tauhid, fiqh dan tassawuf.


Insha'Allah, di dalam sesi ini, Sheykh Rohimuddin, seorang guru agama dan ulama tassawuf, akan mengupas kitab tulisan oleh Shaykh Ali Jumaah, mufti Negara Mesir dan juga menjawab soalan soalan yang termuka di atas ini.


Tarikh: 10 & 11 Ogos (Isnin & Selasa)

Waktu: Isnin dari Jam 2ptg hingga 6ptg

(Selasa - 8mlm hingga 10mlm)

Yuran:$10 untuk 2 sesi di dalam 2 hari

Tempat: Madrasah Khairiyah (155 still road)

Sila daftarkan nama dan bayar yuran di Wardah Books 58 Bussorah Street, Singapore 199474

Untuk informasi yang lanjut boleh menghubungi wardah books - 62971232, saudara Khalid - 90687106 dan Saudara Muhsin - 91380014

Penganjur: Majlis Riyadhul Muhibbin Singapore

Insha'Allah kitab Ibadah Ibadah tulisan Shaykh Ali Jumaah akan di jual di hari yang sama pengajian. Harga hanya$15.00. terima kasih


Biografi Shaykh Rohimuddin

Sheykh Rohimuddin Nawawi Al-Banten adalah seorang tokoh ulama’ kontemporari Indonesia di dalam mazhab Shafi’i, yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Beliau lahir pada tahun 1965 di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Almarhum ayahnya ialah K.H. Nawawi Jahari, murshid kepada Tariqah Al Qadriyah. Beliau juga merupakan cucu saudara kepada Almarhum Sheykh Nawawi Al-Banten, seorang ulama’ Shafii terkemuka di Mekah yang pernah mengajar di Masjidil Haram antara tahun 1860 hingga 1870. Kini, beliau seorang khalifah (muqaddam) kepada Sheykh Sidi Yusuf Muhyiddien al-Hasani dalam Tariqah As-Shadhuliyah Ad-Darqawiyah Al-’Alawiyah.Di samping itu, beliau juga di antara tenaga pengajar utama di Mahad Az-Zain di Bogor, Indonesia pimpinan Sheykh Muhammad Nuruddin al-Banjari.


Sheykh Rohimuddin Nawawi Al-Banten mendapat pendidikan menara gading di Universiti Syarif Hidayatullah, Jakarta, Universiti Al-Azhar, Cairo, Universiti Cairo dan Ist. Liga Arab dalam Fakultas Adab, Bahasa & Sastera Arab. Kini, beliau serta keluarga bermastautin di Cairo, Mesir dan sering berulang-alik ke pesantren beliau iaitu, Pesantren Al-Jahariyah, Bekasi, Jawa Barat. Antara guru-guru beliau adalah Almarhum Sheykh Gad al-Haq Ali Gad Al Haq, Syeikh Al Azhar, Sheikh Umar Hasyim (mantan rektor Al-Azhar), Dr Sa’ad Sa’ad Jawis (Muhaddis), Almarhum Sheykh Abdullah Mohammad Al-Hasani (Mursyd Thariqah Qadiriyah) dan Sheykh Dr Ali Jumah.Beliau juga adalah antara tenaga pengajar merangkap pengetua/pengasuh di Dar al-Hasani di Cairo Mesir. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta’lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka.

Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan/kehormatan di pelbagai pesantren dan organisasi. Beliau banyak menulis kitab yang telah di terjemahkan di dalam bahasa seperti Memahi Tassawuf, Geloka Cinta, Di ambang perkahwinan

No comments: